BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 2, 2009

Masalah yang tidak dapat diselesaikan adalah berkaitan dengan kerjasama apabila sesebuah group atau kumpulan dibentuk dalam melaksanakan tugas. Kita tahu, setiap manusia mempunyai ragam tersendiri dan mempunyai sentuhan jiwa yang berlainan. Rambut sama hitam dan hati berlainan. Itulah umpama yang sering dikaitkan dalam kehidupan seharian kita. Persoalannya sekarang, bagaimana kita dapat menyatukan persefahaman di antara individu dengan individu lain dan individu dengan ahli kumpulannya dalam menyiapkan kerja berkumpulan. Sebagai contohnya, melakukan perbincangan ataupun discussion antara ahli kumpulan. Kebanyakannya hal seperti ini tidak akan lancar dijalankan kerana disebabkan sikap anggota kumpulan tersebut. Ada yang sampai untuk perbincangan semata-mata untuk berbual, berborak, tidur dan sebagainya. Inilah penyebab utama kerja terbengkalai dan terjadilah kerja penanguhan atau kerja last minute. Oleh itu, bagaimanakah menangani isu ini.? Perbezaan agama, budaya, dan pertuturan sesebuah kaum tidak menjadi penghalang kepada penanguhan kerja tersebut tetapi ianya lahir daripada sikap individu tersebut. Jadi apakah cadangan yang sesuai untuk menangani kejadian tersebut?.

0 comments: